Saturday, January 11, 2014

BRECHTIAN

TEKNIK BERTOLT BRECHT
            Bertolt Brecth dilahirkan pada tahun 1898 di Jerman dan dibaptiskan sebagai Eugen  Berthold Friedrich. Beliau merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan pengarah teater  yang  sangat berpengaruh pada abad ke-20. Beliau merupakan seorang pacifist dan sangat terpengaruh dengan idea-idea Karl Marx. Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama,beliau menggunakan puisi, lagu dan akhirnya teater untuk memaparkan idea-idea beliau supaya dapat mengubah keadaan Negara tersebut tersebut Bahkan, beliau pernah menggambarkan negaranya semasa berada dalam Republik Weimar sebagai“terperangkap dalam empat cengkaman iaitu ketenteraan,  kapitalisme,  industrialisasi dan penjajahan.  Beliau terpaksa keluar dari negaranya pada zaman pemerintahan Hitler. Beliau telah hidup berpindah-randah di beberapa buah negara Eropah dan akhirnya menetap di Amerika dalam tahun 1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman. Kerajaan Jerman Timur turut menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi membolehkan beliau mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater hasil daripada pementasan-pementasan yang dilakukan oleh beliau sebelumnya dan karya-karya yang ditulis semasa dalam pelarian .Sepanjang hidupnya,beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasanteater.Antara hasil karya beliau yang terkenal ialahThe Caucasian Chalk Circle (Der kaukasische Kreidekreis), The Threepenny Opera (Die Dreigroschenoper), Life of Galileo(LebendesGalilMother Courage and Her Children (Mutter Courage und ihre Kinder) danThe Good Person of Szechwan (Der gute Mensch on Sezuan)(Leach:2004).Manakala sumbangan beliau yang terbesar ialah sebuah teori yang beliau panggil sebagai Epic Theatre .
Brecht telah banyak menyumbangkan teknik dalam karya seni beliau iaitu epic teater.Brecht menggunakan teknik yang dipangggil “dialectical teknik” dimana ssesebuah persembahan tersebut akan melibatkan penggunaan pentas dan penonton.Hal ini dapat dilihat pada Teater tradisional abad ke-19 dimana teater ini sangat konvensional di mana prestasi itu akan berlaku pada peringkat pusat dan penonton akan duduk dan menonton. Brecht dicabar tanggapan ini dengan ciptaannya iaitu  "teater dialektik " di mana penonton secara kritis akan melihat mainan dan membuat kenyataan sendiri dan kesimpulan mereka .Menurut Brecht ,didalam sesuatu persembahan tersebut penontot dapat mempertikaikan dan mempersoalkan apa yang dilakukan oleh pelakon di atas pentas.Selain itu juga,teknik yang diperkenalkankan ini juga adalah bersifat episodik, dengan setiap babak memaparkan cerita yang berlainan, tetapi apabila digabungkan menjadi sebuah cerita.Teori yang dinamakan sebagai Dialectic Theatre kerana dalam pementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan argument antara dua belah pihak yang saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain. Epik teater ini adalah bertujuan sebagai sebuah pementasan yang dijalankan untuk mempersembahakan idea-idea dan penonton harus menilai idea-idea tersebut.
            Selain itu,Brecht juga memperkenalkan teknik ini bagi tujuan sesebuah pementasan dijalankan adalah untuk mempersembahkan idea-idea dan penonton harus membuat penilaian terhadap idea-idea tersebut. Oleh itu, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak boleh menyebabkan penonton  hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah pementasan. Sebaliknya, Brecht menjelaskan bahawa para penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan dan tidak perlu beremosi sebaliknya berfikir secara kritikal akan mesej yang ingin disampaikan dalam pementasan itu dan melaksanakan perubahan apabila keluar dari pementasan itu. Menurut beliau, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘dialeniasi’(diasingkan) daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai Verfremdungseffekt yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai "alienation effect” ataupun kesan pengasingan
Seterusnya,Brecht juga telah memperkenalkan keadaan yang dinamakan sebagai Verfremdungseffekt supaya dapat mengasingkan penonton daripada watak-watak dan lakonan yang dilakokan mereka dalam sesebuah pementasan.Hal ini dapat ditakrifkan apabila  para penonton diasingkan secara emosi daripada pementasan, penonton dapat berempati dengan pementasan tersebut secara intelek (intellectual empathy) dan mungkin akan berusaha mengubah keadaan masyarakatnya Dengan cara ini, penonton tidak akan tersentuh dengan apa yang dipaparkan.Sebaliknya, beliau mahu penonton untuk memahami secara intelektual dilema yang dihadapi oleh sesebuah watak serta kesilapan yang telah dibuat yang membawa kepada berlakunya dilema tersebut. Apabila penonton diasingkan secara emosi daripada pementasan, penonton dapat berempati dengan pementasan tersebut secara intelek .
                Selain itu juga,Brecht juga telah mengetengahkan teknik –teknik yang digunakan oleh beliau dalam epic teater tersebut.Ketiga tiga teknik ini merangkumi teknik yang dinamakan historification,allegorical dan pseudo foreign. Dalam teknik historification ataupun pensejarahan, Brecht mengalienasi penonton dengan meletakkan babak-babak pementasan dalam latar masa lampau. Sebagai contoh, pementasan Mother Courage and Her Children disetkan dalam latar masa abad ke-17 (pementasan tersebut ditulis pada 1938,disunting kembali pada 1940 dan dipentaskan pada 1941). Dengan cara ini, penonton akan lebih diasing memandangkan mereka tidak bias dengan latar masa lampau tersebut.Manakala, dalam allegorical pula adalah penggunaan symbol-simbol dimana untuk menjelaskan isi kandungan atau dilema dalam sesebuah pementasan. Teknik ini digunakan di dalam pementasan Rise and Fall Of The City Of Mahagonn. Dengan menggunakan teknik ini, penonton akan diasingkan oleh simbol-simbol yang akan menyebabkan mereka berfikir akan makna yang terdapat di dalam simbol-simbol tersebut. Manakala, teknik pseudo-foreign pula adalah adaptasi daripada teater–teater luar yang setentunya berbeza budayanya daripada budaya audiens.Contoh pementasan yang menggunakan teknik ini ialah The good Person of Sezuan.
            Teknik yang seterusnya iaitu teknik historification ataupun pensejarahan merupakan teknik dimana Brecht telah mengalienasi penonton dengan meletakkan babak-babak pementasannya dalam latar masa lampau. Sebagai contoh, pementasan Mother Courage and Her Children disetkan dalam latar masa abad ke-17 (pementasan tersebut ditulis pada 1938, disunting kembali pada 1940 dan dipentaskan pada 1941). Dengan cara ini, penonton akan lebih dialienasi memandangkan mereka tidak biasa dengan latar masa lampau tersebut .Seterusnya,Brecht juga menggunakan teknik yang dipanggil Allegorical iaitu merupakan teknik yang merangkumi penggunaan simbol-simbol dalam menjelaskan isi kandungan atau dilema dalam sesebuah pementasan. Teknik ini diguna dalam pementasan Rise and Fall of the City of Mahagonn. Dengan menggunakan teknik ini, penonton akan dialienasi oleh simbol-simbol yang akan menyebabkan mereka berfikir akan makna yang terdapat dalam simbol-simbol tersebut.Teknik pseudo-foreign juga seringkali digunakan dalam epic teater ini dimana Brecht menggunakannya sebagai Adaptasi daripada teater-teater luar yang setentunya berbeza budayanya daripada budaya audiens.Contoh pementasan yang menggunakan teknik ini ialah The Good Person of Sezuan
Selain itu di dalam teater epik juga selalunya terdapat pelbagai lagi teknik yang digunakan supaya penonton terasing daripada pementasan. Di antaranya adalah dengan meletakkan kapsyen di dalam sesuatu persembahan menerangkan apa yang akan berlaku. Selain itu dengan wujudnya narator sebagai menjelaskan setiap babak dengan lebih jelas serta memprovokasikan penonton. Terdapat penggunaan lagu yang digunakan juga bagi memprovokasi penonton. Ada juga teknik yang memerlukan pelakon berinteraksi terus dengan penonton. Hal ini adalah bertujuan bagi penonton terasing dari lakonan pelakon serta pementasan.


                Terdapat juga teknik brecht yang meletakkan semua teknikal di hadapan penonton. Hal ini kerana teknik brecht juga menyatakan segala proses pementasan merupakan sesuatu yang perlu ditonton oleh penonton. Ia bertujuan bagi mengganggu dan menyedarkan para penonton bahawa pementasan merupakan satu lakonan dan hanya sebuah pementasan. Lakonan dalam epik teater memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah watak tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya bahawa merekaadalah watak tersebut.Pelakon-pelakon juga sering berinteraksi dengan penonton secara langsung. Tujuan utama lakonan sebegini adalah untuk meruntuhkan dinding keempat dalam sesebuah lakonan. Ini adalah bagi membolehkan penonton melihat dan menyedari bahawa mereka sedang menonton pementasan, bukan realiti dan menganggap bahawa pentas adalah pentas dan pelakon adalah pelakon.
Selain itu,antara teknik teknik lain yang digunakan oleh Brecht adalah penggunaan kapsyen yang dipancarkan di pentas bagi menjelaskan apa yang akan berlaku dalam babak seterusnya.Selain itu,Teknik gangguan oleh narrator  yang menjelaskan apa yang berlaku dan memprovokasi penonton juga telah digunakan brecht iaitu teknik di mana pelakon menanyakan secara langsung kepada penonton.Penonton dibiarkan untuk menyelesaikan sendiri pengakhiran teater dan penonton dibiarkan untuk berfikir.Seterusnya Teknik muzik yang berbeza dari emosi dalam sesebuah babak juga digunakan oleh brecht dalam setiap karya beliau.Hal ini dapat dijelaskan apabila Sebagai contoh, teknik ini diguna dalam pementasan Caucasian Chalk Circle di mana setiap babak mempunyai tajuk sendiri yang dipaparkan di pentas. Dalam pementasan tersebut, turutdigunakan teknik gangguan oleh narator yang menjelaskan apa yang berlaku dalam sesuatubabak dan memprovokasi penonton. Terdapat juga penggunaan lagu dalam pementasan epictheatre, akan tetapi lagu-lagu ini hanyalah berfungsi memprovokasi pemikiran penonton dan terhadap dilemma yang wujud dalam pementasan tersebut. Terdapat juga teknik dimana pelakon menanyakan secara langsung kepada penonton. Ini dapat dilihat dalam pengakhiran pementasan The Good Woman of Sezuan dimana watak utamanya meminta tolong kepada dewa, tetapi dewa tidak  mempunyai jawapan yang dapat diberikan kepada watak utama tersebut iaitu Shen Te. Shen Te terus maju ke depan dan menanyakan dan menyatakan kepada penonton sebagaimana berikut


      Salah satu istilah yang digunakan oleh Brecht dalam lakonan adalah gestus.Gestus adalah apa sahaja pergerakan yangdilakukan oleh seseorang pelakon dalam lakonan bagi menggambarkan keadaan sesebuah watak berdasarkan teks.Gestus boleh menerangkan keadaan pelakon tanpa memerlukan pelakon menunjukkan emosi dan boleh menyebabkan penonton teralienasi daripada pementasan dan mengelakkan mereka daripada menjadi emosional. Ini adalah daripada pemerhatian Brecht terhadap opera cina. Dimana pelakon meletakkan rambut di mulut dan penonton telah menfsirkannya sebagai ketakutan walaupun pelakon itu sedang bergerak di dalam keadaan yang tenang.
            Perbezaan dapat ditimbulkan oleh Brecht melalui epic teater dan dramatic teater.Brecht menyatakan bahawa epik adalah drama non-arestotelian. Oleh itu terdapat beberapa perbezaan antara epic theatre dengan dramatic theatre yang berdasarkan kepada pendapat Aristotle. Brecht telah menggunakan terma ‘non-Aristotelian drama’ bagi menerangkan dimensi drama dalam kerjanya sendiri, bermula pada 1930-an dengan beberapa siri nota dan eseibertajuk “On a non-aristotelian drama” yang mengandungi contoh bentuk teater epik iaitu kara muzikalnya yang bertajuk The Threepenny Opera.Dengan definisi daripada Aristotle, Brecht menulis, “perbezaan antara dramatik dan epik adalah merujuk kepada perbezaan kaedahnya dalam pembinaan.” Kaedah pembinaan ini merujuk kepada hubungan yang dibentuk daripada persembahan antara bahagian dan keseluruhan.Selain     dalam persembahan dramatik teater, pemikiran membentuk manusia. Dalam konteks ini,penonton diajak bersama-sama berada dalam pementasan agar mereka dapat membentuk pemikiran mereka setelah menyaksikan persembahan teater jenis ini. Manakala dalam epic teater pula membantu manusia membentuk pemikiran.
          Penonton menjadi pemerhati supaya dapat berfikir mengenai apa yang dipersembahkan setelah menyaksikan persembahan teater ini. Selain itu, persembahan dalam dramatik teater mengambarkan pengalaman-pengalaman untuk membentuk jalan ceritanya tetapi dalam epikteater mengambil situasi yang berlaku dalam persekitaran sebagai jalan cerita pementasan.Setiap babak yang dipentaskan dalam dramatik teater berkesinambungan denganbabak yang seterusnya untuk menjadi satu jalan penceritaan. Bagi epik teater pula setiap babak yang dipentaskan tidak menunjukkan perpautan atau kesinambungan antara babak seterusnya tetapi mempunyai satu penceritaan dalam pementasannya. .
Teknik dan gaya lakonan yang dipersembahkan dalam dramatik teater yang menunjukkan elemen-elemen emosi melalui karakter-karakter yang ditonjolkan oleh pelakon agar penonton dapat merasai emosi-emosi tersebut berbanding dengan epik teater yang tidak menekankan aspek-aspek dalam emosi pelakon tetapi mementingkan logik dan pemikiran penonton itu sendiri.Selain itu terdapat juga teknik-teknik lain yang melibatkan pelakon berinteraksi dengan penonton secara langsung.Dalam ini meliputi teknik seperti menanyakan soalan secara langsung kepada penonton, penggunaan kapsyen, memprovokasi penonton, muzik, dan sebagainya.

            Kesimpulannya, lakonan dalam epic teater memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah watak tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya bahawa mereka adalah watak tersebut. (tidak menghayati, Not Being in that Character). Dalam Teori Epik teater pelakon tidak perlu menunjukkan emosi semasa berlakon tetapi digalakkan untuk menyebabkan penonton teralienasi(terasing) daripada pementasan dan mengelakkan mereka daripada menjadi emosional.

REFLEKSI

Laporan Refleksi Diri

1.0 Pengenalan.
Sepanjang 14 Minggu saya mengikuti kursus Seni Lakon Awalan, saya telah banyak mempelajari banyak perkara baru tentang lakonan daripada pensyarah dan juga rakan-rakan kelas saya. Sepanjang 14 minggu ini yang saya dapat (kemahiran dalam teater), saya ingin merumuskannya atas pengalaman yang saya lalui bersama en Eddy (pensyarah teater saya)  dan rakan- rakan. Rumusan tentang kemahiran dan teknik yang telah dipelajari adalah seperti yang tertera dibawah.

2.0  Skrip Reading.
Teknik yang diperkenalkan:
v  Teknik Skrip Reading.
Pada mulanya, saya mendapat satu salinan skrip bagi lakonan bertajuk ‘Rumah Lama Kampung Baru’.  Skrip itu adalah sebanyak 44 muka surat sahaja. Saya diajar teknik Skrip Reading ini oleh Pensyarah Encik Eddy(pensyarah teater saya) pada mulanya kami diarahkan untuk duduk dalam bulatan, kami diarahkan  supaya membaca skrip dan berbalas balas dialog.Teknik Skrip Reading ini juga saya praktikkan secara bersendirian di mana saya cuba untuk memahami watak saya dan cerita tentang persembahan yang akan kami laksanakan.. Teknik ini lebih berkesan sekiranya dilakukan bersama -sama iaitu secara berkumpulan. Ini kerana, ia akan lebih memberi kita kefahaman dan kelancaran ketika berdialong dan menyambut dialog orang lain..
Masalah yang telah saya hadapi:
v  Sebenarnya saya mempunyai masalah artikulasi dan sering tersasul ketika melontarkan dialong.
v  Seperti mana yang saya tahu ayat di dalam dialong adalah ayat yang kaku iaitu ayat yang tidak mempunyai rasa dan emosi.oleh hal sedemikian saya mengalami masalah untuk mendapat kefahaman untuk menghidupkan dialong itu seperti bernyawa,maksud saya dialog tersebut perlulah mempunyai rasa dan emosi seperti mana dialong yang kita lontarkan secara realiti dalam kehidupan harian kita.

Cara saya mengatasi masalah tersebut:
v  Hidupkan balik ayat dalam diolog saya.
Saya mula bermain dengan intonasi dan sedikit emosi dalam ayat itu untuk hidupkan ayat yang kaku tersebut. Saya mendapati ia memberi keselesaan bagi saya mengucapkan diolog tersebut.
v  Mengubahkan ayat tersebut tanpa mengubahkan maksudnya.
Saya mengubahkan ayat-ayat saya yang kaku itu dan ditukarkan kepada perkataan yang lebih selesa saya bagi(mengucapkan). Perkataan ayat itu diubah tanpa mengubah maksud asalnya.
Rumusan:
v  Teknik Skrip Reading ini merupakan asal kepada permulaan sesuatu pembinaan watak. Melalui Skrip Reading, saya ulang baca dan membaca diolog saya dan bermain dengan nada intonasi yang sesuai. Di samping itu, saya perlu ingat dialog rakan lakon saya yang akan berdialog dengan saya supaya saya dapat membalas dialog dengan diolog baik. Saya perlu mengetahui garis panduan untuk membalas dialog rakan lakon saya supaya dialog yang di dengari tidak tersekat-sekat dan lancar.




3.0  Analisis Skrip.
Teknik yang diperkenalkan:
v  Teknik Analisis Skrip.
Teknik analisis skrip merupakan suatu teknik di mana pelakon harus menganalisasidiolog yang dipegang masing-masing. Teknik analisis skrip ini membantu pelakon mendapat tangkap atau mengenal pasti characteristic(ciri-ciri character) pada watak yang dipegang. Misalnya,watak orang muda  yang berusia 30 lebih tahun,kita perlu mendalami personaliti orang muda tersebut seperti cara dan perwatakannya. Secara ringkasnya, teknik ini bertujuan membantu pelakon membina watak yang dipegangnya dan juga memahami perangai atau ciri watak tersebut.
Masalah yang telah saya hadapi:
v  Saya tidak Berjaya memperwatakkan ciri dan sifat watak dengan sepenuhnya.berulang-ulang kali saya di marahi oleh En Eddy,namun saya tetap berusaha untuk memperbaiki kekurangan.
Selepas melakukan analisis skrip, saya mendapat tahu Nikman(watak yang dibawa) merupakan seorang yang telah berkahwin,bekerja sebagai seorang pegawai rendah, penyewa,seorang yang agak dikongkong oleh isteri,seorang yang tenang,baik hati dan sebagainya. Secara ringkasnya watak Nikman adalah seorang yang tegas terhadap sesuatu perkara walaupun kadang kala perkara yang remeh akan dikongkong oleh isterinya.
Cara saya mengatasi masalah tersebut :
v  Berlakon dengan skrip dan acting yang berulang kali.
Saya mengambil masa dan membuat latihan lakonan bersama rakan berulang-ulang kali. Sedikit demi sedikit,saya dapat mendalami watak Nikman dan menzahirkan pengalaman hidup saya sekiranya pengalaman yang pernah saya lalui contohnya bersifat tegas terhadap sesuatu perkara. Saya memikirkan sesuatu yang dapat membuat diri saya tegas ketika hendak melakukan sesuatu perkara. Selepas saya menciptakan ciri-ciri dan sifat Nikman, saya mulai membawa diri dalam watak tersebut.



Rumusan :
v  Teknik analisis skrip membantu saya menemui ciri-ciri karakter Nikman dalam diolognya. Tetapi dengan bantuan rakan lakon ketika berlakon bersama-sama, saya lebih yakin dan makin rancak membawa perangai Nikman itu.

4.0  Observation dan Pemerhatian.
Teknik yang diperkanalkan :
v  Teknik Observation ataupun Pemerhatian.
Teknik ini menunjukkan kita sebagai pelakon mesti pergi membuat pemerhatian di mana-mana. Teknik ini untuk membantu kita membina watak dan memahami latar belakang watak yang dipegang. Teknik pemerhatian ini membolehkan kita meniru ciri-ciri dan sifat seseorang untuk kita guna pakai ciri tersebut dalam lakonan. Contohnya saya memegang sebagai seorang pegawai rendah berumur dalam lingkungan 30an, jadi saya membuat pemerhatian secara tidak fomal melihat perilaku dan persoanaliti seorang yang bekerja sebagai seorang pegawai.
Masalah yang telah saya hadapi :
v  Kesuntukan masa.
v  Saya menghadapi kesuntukan masa untuk mendalami secara lanjut tentang keperibadian seorang pegawai rendah secara keseluruhan.
Cara saya mengatasi masalah tersebut:
v  Layari internet dan bantuan rakan
v  Meminta bantu dari segi pendapat rakan-rakan untuk memberi ciri-ciri seorang pegawai rendah iaitu dari segi pemakaiannya,ketegasannya dan sebagainya.
Rumusan:
v  Teknik ini merupakan teknik yang agak biasa tetapi berguna dan berkesan. Kemungkinan kita masa dahulu, pernah tengok atau lihat sesuatu (pemerhatian secara tidak langsung atau tidak sedar), itu juga yang akan membantu saya untuk memahami dan seterusnya memperwatakannya.

5.0  Blocking
Teknik yang diperkenalkan:
v  Teknik Blocking.
Teknik blocking dalam teater iaitu bermaksud menghalang, ‘ block’ . Ini semasa atas pentas, pelakon mesti sedar bahawa pentas itu macam mana. Audiens di mana dan pelakon di mana. Hal ini untuk memastikan penglihatan mata audiens, mereka boleh Nampak pelakon dengan jelas tanpa dihalangi oleh pelakon lain atau benda lain. Pelakon mesti sentiasa sedar bahawa mukanya, badannya boleh dilihat oleh penonton dan tanpa mempunyai sebarang halangan. Ini bermakna pelakon harus bermain dengan ruang untuk mengelakkan daripada dihalangi ataupun menghalangi pelakon lain.
Masalah yang telah saya hadapi :
v  Saya sering membelakangi rakan saya ketika berdialog dengannya
Semasa berlakon dan membuat acting, Saya sentiasa mengawal ‘ blocking’ dan kedudukan saya. Kadang kala ketika melakukan lakonan saya tidak menyedari bahawa saya telah memhalang penglihatan audien,contohnya ketika saya bermonolog dalam menceritakan masalah saya terhadap makraya ,saya terlupa menjaga pergerakan sehingga timbul masalah blocking..Secara ringkasnya teknik blocking adalah untuk mengawal pergerakan badan kita supaya tidak menghalang penglihatan audien.


Cara saya mengatasi masalah tersebut:
v  Saya mengawal pergerakan saya ketika beremosi supaya tidak membelakangi rakan lakon saya.
Rumusan:
v  Teknik blocking berlaku amat kerap dalam sesuatu lakonan atau pementasan. Akibat ruangan yang terhad, para pelakon mestilah bijak untuk menggunakan ruang sambil bermain acting. Rakan lakon saya kadang-kala akan menghalangkan penglihatan audiens ke atas diri saya, ini adalah perkara yang biasa berlaku semasa acting dan saya cuba mengubahkan kedudukan saya keluar daripada blocking rakan lakon saya.

6.0  Repeat and Representational.
Teknik yang diperkenalkan.
v  Teknik Repeat and Representational.
Teknik ini menjelaskan bahawa pelakon mesti memahami ciri-ciri dan sifat watak itu seterusnya membawa diri dalam character tersebut. Pelakon perlu merasai apa yang dia rasa, sedih apa yang disedih, gembira apa yang digembira. Selain menghayati watak dan memperwatakan diri, pelakon mesti melakukan acting lakon yang berulang-ulang kali bagi tujuan mendapatkan cara yang paling sesuai untuk mempamerkan watak itu.
Masalah yang telah saya hadapi :
v  Mengambil masa untuk diri saya mendapat cara yang paling sesuai dan selesa berlakon.
Akibat masa latihan yang tidak banyak, saya menghadapi masalah dalam mencari cara mempamerkan watak Nikman yang paling bersesuaian dengan situasi.


Cara saya mengatasi masalah tersebut:
v  Saya cuba untuk berimaginasi dalam fikiran saya terhadap situasi yang berlaku dan juga lakonan yang paling terbaik pada  ketika itu. Apa yang paling penting saya perlu melakukan latihan yang kerap supaya pergerakan dan dialog yang disamapaikan lebih mantap berpadanan dengan business acting yang dilakukan.
Rumusan :
v  Teknik ini adalah penting kerana seseorang pelakon Berjaya membawa watak atau tidak  bergantung pada sejauh mana dia pandai melakonkan watak itu. Tetapi sebenarnya ianya memerlukan eksploitasi dan latihan lakonan yang kerap suapaya lakonan tersebut lebih mantap dan sentiasa diperbaiki dan di tambah dari segi pergerakan dan emosi.

7.0  Rehearsal.
Teknik yang diperkenalkan:
v  Teknik rehearsal.
Kami membuat rehearsal yang berulang-ulang kali di atas pentas yang siap susun dengan props. Rehearsal ini menunjukkan kepada latihan untuk persembahan masa kejadian. Ia meliputi pemakaian, lighting, audio, susunan props, ruangan atas pentas, masa masuk babak dan lain-lain. Kami telah membuat rehearsal sambil berlatih untuk eksploikan ruangan yang baru di bawah bimbingan pengarah/pensyarah teater kami.
Masalah yang telah saya hadapi :
v  Suara tidak cukup kuat untuk sampai ke hujung tempat duduk audiens.
Tidak sama seperti biasa yang kami latih. Ruangan panggung budaya itu agaklah besar (bagi yang first time..)dan saya menghadapi masalah untuk melontarkan suara, melontarkan ayat-ayat saya dengan lantang.
Cara saya mengatasi masalah tersebut :
v  Saya cuba untuk menggunakan suara sendiri, saya menggunakan suara dari dalam perut Dengan bantuan dan tekanan pengarah, saya melontarkan suara dan memberikan tumpuan sepenuhnya semasa rehearsal.
v  Rumusan :
v  Rehearsal ini boleh dikatakan latihan yang akhir bagi pementasan sebenar. Ia melibatkan semua perkara iaitu, pelakon, ruang, blocking, pakaian, lighting, audio, dan juga audiens. Sewaktu rehearsal pelakon harus beranggap bahawa di depannya duduk para penonton. Penonton yang akan datang pada masa kejadian pementasan itu, jadi pelakon seharusnya memberi tenaga dan semangat sepenuhnya semasa rehearsal sambil beranggapan bahawa masa pementasan, itulah yang akan berlaku.
8.0  Kesimpulan.

Secara keseluruhannya saya ingin menyimpulkan bahawa saya amat berasa gembira kerana dapat melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah terhadap khusus ini. Melalui pendekatan lakonan ini saya lebih berasa lebih yakin untuk berhadapan dengan orang ramai, walaupun khusus ini adalah khusus minor untuk saya tetapi pada saya ianya sangat berkait rapat dengan bidang major yang saya pelajari. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat terutamanya En Eddy selaku pensyarah dan pengarah teater saya yang telah menghabiskan masa,wang ringgit dan tenaga untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Tidak lupa kepada rakan-rakan lakon yang telah memberi komitmen yang baik semasa sesi latihan dan pementasan akhir. Ini merupakan pengalaman yang pertama yang saya lalui dan pengalaman ini adalah yang paling bermakna pada sya kerana saya dapat berasa lebih yakin terhadap dunia luar dan dapat menghilangkan rasa malu dalam diri saya.

STANISLAVKY


1.0 Pengenalan:
Stanislavsky dilahirkan pada tahun 1863 melalui hasil dari pengkongsian hidup Sergei Vladimirovich Al-Exeyevev (bapanya), seorang pengusaha benang emas dan perak serta ElistavetaVasilievaAlexeyeva (ibunya), merupakan seorang atress pelakon yang lebih dikenali sebagai Marie Valley.
Mengikut sejarah peribadinya, semenjak dari kecil lagi  Stanislavsky telah diajar tarian ballet oleh YekaterinaSanskovskaya seorang yang mashyur di Russia. Sanskovskaya yang terkenal kerana bakat dramatiknya yang kuat dan minatnya terhadap motivasi psikologi dalam watak yang digambarkan, pergaruh sifatnya telah tersemai ke dalam diri Stanislavsky.
Kemudian Stanislavsky diletakkan di bawah pengaruh Mikail Shehepkin, pelakon berbangsa Russia yang terkenal di pertengahan abad ke 19.  Shehepkin adalah pelakon pertama  memperkenalkan ‘simplisiti’ dan ‘lifeliness’ ke dalam satu lakonan. Beliau mengajar penuntutnya untuk memerhatikan segala emosi yang diekspresasikan dalam dunia nyata supaya seorang pelakon dapat menyerap ke dalam peranan yang digambarkan. Implikasi melalui pengalaman yang diperolehi dari kedua orang gurunya ini, Stanislavsky sentiasa belajar, memerhati dan menyerap segala pengalaman dan pengetahuannya dalam usahanya mencari kebenaran dalam (inner truth) di atas pentas, kebenaran perasaan dan ekspresi.







2.0 Jenis Lakonan menurut Teori Stanislavsky.
Terdapat empat jenis lakonan dalam Teori Stanislavsky iaitu Lakonan Jenis EkploitatifLakonan Lampau Amatur, Lakonan Mekanikal, dan Lakonan Representational.
Lakonan Mekanikal (Mechanical Acting).
Saya turut pegang dan memakaikan teknik ini sewaktu melakukan lakonan watak(acting) saya. Saya akan meninggikan nada suara sewaktu bergaduh dengan si Serimah tetapi merendahkan intonasi suara itu ketika bercakap dengan Mak Raya disebabkan perasaan malu dan rasa serba salah dalam diri. Saya sentiasa mengkaji jenis lakonan tersebut. Misalnya apakah acting saya ketika didesak oleh serimah untuk pindah.
Jenis Lakonan Eksploitatif.
Jenis lakonan ini mencari ciri-ciri terbaik pada suara, personality, kecantikan fizikal yang ada pada diri pelakon sehingga pelakon tersebut mampu menghasilkan suatu watak yang menarik. Lakonan eksplotatif hanya menggunakan rupa dan bentuk tubuh badan yang terdapat pada pelakon itu tanpa mengamalkan sebarang sifat dalaman (inner-truth) bagi melahirkan watak yang didukungi mereka. Saya berpegang pada teori ini dan saya sentiasa mencuba eksploitasikan dengan watak yang saya pegang. Saya ulang-mengulang sama ada suara nada saya semasa membaca skrip ataupun ruangan yang berada di sekeliling (atas pentas). Saya sentiasa cuba dan ulangkan balik sehingga saya mendapatkan suatu nada yang sesuai saya bagi. Sama juga dengan ruangan atas pentas. Atas nasihat dan bimbingan pensyarah, saya berusaha untuk cuba melakukan acting pada setiap masa. Maka saya eksplotasikan ruangan tersebut dan cuba untuk mendapatkan business lakonan saya walaupun saya tidak memegang skrip.




Lakonan Representational(Representational Acting).
Lakonan representational memerlukan dedikasi dan kajian yang terperinci serta penilaian teliti terhadap pembinaan watak tersebut. Pelakon ketika berlakon mesti berada di dalam watak tersebut dan merasai apa yang dirasainya, bercinta apa yang dicintainya, bersedih apa yang disedihnya dan marah apa yang dimarahnya. Maksudnya saya sentiasa membawakan watak Nikman dan perangai Nikman ketika saya berlakon. Saya mempamerkan sifat-sifat Nikman yang yang diciptakan sebelum ini(melalui bacaan skrip, eksploitasi sifat-sifat dan perangai Nikman). Saya berfikir dan membawa acting sebagai Nikman secara realiti dan logik.
Jenis Lakonan Lampau Amatur
Jenis lakonan ini adalah satu bentuk lakonan yang bersifat amatur. Lakonan ini disalurkan melalui koleksi-koleksi fizikal dan vocal yang dipilih secara rambang dan dirasai atau dihayati secara samar-samar..

3.0 Pendekatan Prinsip Lakonan Dalam Teori Stanislavky.
1.  Pendekatan  Magic ‘IF’.
Stanislavski tidak percaya bahawa seseorang aktor itu akan mempercayai seikhlas-ikhlasnya terhadap kebenaran-kebenaran (truth) peristiwa dan realiti-realiti peristiwa yang berlaku di atas pentas, tetapi beliau berkata bahawa seseorang aktor itu boleh percaya terhadap kemungkinan-kemungkinan peristiwa. Seseorang pelakon cuma harus mencuba menjawab beberapa soalan seperti
“apakah akan aku lakukan kalau aku tak tahan bau busuk tahi, apa rasanya bila kita terpijak tahi tempat kita kerja, apa reaksi kita bila kita cuci jamban dengar orang kentut, berak atau sedar tahi bertabur atas lantai”
“ bagaimana akan aku hadapi bila kekasih aku sanggup curang dengan aku, apa rasanya bila kekasih curang , apa rasanya orang kita sayang buat apapun kita terima  dia sebab kita terlalu sayang dia,  apa rasanya bila cinta terhalang dengan desakan orang tua, apa rasanya bila aku sebagai rakan tengok sendiri penderitaan kawan yang sakit akibat putus cinta”
Pendekatan ini akan transform matlamat atau tujuan individu kepada matlamat dan tujuan actor (pelakon). Ianya merupakan rangsangan yang kuat ke arah aksi-aksi dalaman iaitu emosi dan fizikal bagi seseorang aktor. Perkataan if juga membawa pelakon kepada keadaan-keadaan imaginary.. Melaluinya, aktor akan mencipta masalah-masalah untuk dirinya dan berusaha untuk menyelesaikannya secara natural ke arah aksi-aksi dalaman dan luaran. Penggunaan method “if” ini akhirnya akan merangsang kuat kepada imaginasi, pemikiran dan aksi-aksi ke arah logikal. Ini bermakna aksi-aksi yang logikal yang ditangani dengan tepat akan merangsangkan mekanisma emosi dalaman.
Secara ringkasnya, saya sentiasa berfikir ‘Kalau ini iniberlaku,bagaimana dengan saya? Apakan kesan terhadap saya dan apakah tindakan saya Kalau ini ini berlaku..’ Pendekatan IF ini amat membantu saya untuk membina diri Nikman sebagai seorang yang tegas tetapi dikongkong dan sentiasa menurut telunjuk isteri.
2.   Situasi sediaada (Given Circumstances).
Situasi sediaada meliputi plot-plot drama, waktu, tempat sekeliling, setting props-props, ruangan, dan juga bunyi. Dalam pendekatan ini, Stanislavsky percaya bahawa tingkahlaku psikologikal dan fizikal seseorang tertakluk kepada pengaruh luaran persekitaran. Sesuatu aksi tersebut menjelaskan apa yang dilakukan oleh seseorang itu di dalam situasi yang sediaada. Ketika saya membawa watak Nikman dalam teater Rumah Lama Kampung Baharu, saya sentiasa bertindak dan belakon di dalam ruang sekeliling.Dalam ruangan atas pentas kami menyediakan props-props seperti bilik sewa, warung kedai, meja makan dan juga sebagainya.Saya telah membina tahap lakonan yang selesa dengan bantuan setting tempat yang sebetulnya.






3.    Imiginasi
Imiginasi merupakan perincian-perincian terhadap kehidupan watak tersebut. Pendekatan Imiginasi ini membantu saya membina dan mencipta biografi watak yang saya bawa di dalam minda. Secara ringkasnya, imiginasi melibatkan apa, siapa, kenapa, dan bagaimana. Kesemua ini berpusing-pusing di dalam otak untuk menjumpai acting yang sesuai untuk saya bawai.

4.    Circle Of Intention.
Tumpuan daripada pelakon amatlah penting bagi mencapai suasana kreatif di atas pentas. Sebagai seorang pelakon mestikan sentiasa memberi tumpuan yang sepenuh hati ‘switch-On’ dan sepenuh masa. Ini boleh mengelakkan faktor-faktor gangguan di atas pentas. Pelakon kena belajar melihat, mendengar dan memikir secara baru atau pertama kali sewaktu dipentas dan berdepan dengan penonton untuk mengatasi masalah kaku atau berdebar. Sebagai seorang pelakon, tumpuan dan tenaga tidak hanya diberikan dalan ruangan permainan sahaja tetapi meliputi sehingga ke penonton. Pelakon akan mula bertindak dengan ruangan kecil, sederhana, dan seterusnya ke ruang sepenuhnya. Contohnya ketika saya tidak membawa dialog, tetapi saya masih berada di dalam ruangan permainan lagi, adalah pelik sekiranya saya berdiri tegak di sana sahaja tanpa membuat apa-apa. Maka saya akan cuba untuk melakukan acting-acting sesuai dengan dengan ruangan (given circumtances) seperti tarik kerusi di depan dan memerhatikan pelakon lain yang sedang berdialog. Tindakan acting saya akan berubah-ubah mengikut tahap emosi atau kesesuaian. Contohnya saya akan berasa terkejut tiba-tiba Makraya menyatakan bahawa dia hendak merobohkan rumah kedai tersebut.. Maksudnya di sini, saya memberi tumpuan kepada apa yang sedang berlaku dan apakah reaksi saya terhadapnya.




5.    Kebenaran dan Kepercayaan (Truth dan Belief).
Kebenaran di atas pentas adalah berbeza dengan kebenaran di dalam sesebuah kehidupan. Di atas pentas drama, tidak ada sebarang kebenaran fakta atau peristiwa-peristiwa kerana semuanya adalah rekaan dan ciptaan. Sehubung itu, pelakon harus mengekalkan daya mempercayai dan pelakon akan mengandaikan bahawa benda-benda atau manusia seolah-olahnya mereka. Apa yang dilakukan ini seterusnya akan dipercayai dan dirasai oleh penonton kerana ianya seolah-olah berlaku. Teknik ini digunakai oleh saya, dimana sejauh mana saya mempercayai bahawa sesuatu acting saya adalah benar, maka ia akan memberi keyakinan kepada saya seterusnya dipercayai oleh penonton.

6.   Emotion/ Spritual Relationship.
Pelakon ataupun actor tersebut harus serapkan apa yang diperkatakan oleh actor lain. Misalnya perkataan, aksi-aksi mereka, pemikiran-pemikiran mereka dan kita bertindakbalas dengan apa yang diserapkan itu. Pelakon akan mencapai hubungan emosi yang mantap dengan rakan lakonanya sekiranya tindak balas yang bersambung-sambung. Hubungan ini saling mempengaruhi di kalangan para pelakon sewaktu lakonan dipersembahkan. Contohnya saya menunjukan ekspesi muka yang terkejut sambil senyum kerana serimah menuduh saya memerlinya tentang kisah kawan saya yang menyewa kondo di segambut. Maknanya. Tenaga yang saya bagi(bertindak balas) ialah terkejut, tersenyum, sambil menafikan perkara tersebut.

7.    Tempo dan Ritma.
Tempo dan ritma merupakan syarat penting untuk menghasilkan kekonkritan (concreteness) dan kebenaran (truthfulness) di dalam melaksanakan aksi-aksi fizikal. Setiap fakta atau peristiwa berlaku di dalam tempo (kelajuan/ jangka masa) dan ritma (intense pengalaman)yang bersesuaian. Setiap pelakon perlu mencari dan merasakan kebenaran ritma dan tempo yang disalurkan melalui kepercayaannya bagi tujuan menangani aksi-aksi yang dibawa seperti di dalam kehidupan realiti..

8.    Adaptasi.
Adaptasi adalah kaedah untuk mengatasi halangan fizikal dalam usaha mencapai matlamat. Seorang pelakon/actor akan mentafsirkan idea-idea di dalam mindanya untuk mencapaikan objektif tertentu. Misalnya wujudkan persoalan-persoalan seperti ini : ‘ Apa yang dilakukan? ‘ Mengapa saya melakukan? ‘Kemudian dalam minda pelakon akan adaptasikan persoalan tersebut dengan ‘ Bagaimana saya melakukan?’ Kaedah adaptasi merupakan alat berkesan untuk perhubungan di antara pelakon de atas pentas. Untuk menyesuaikan diri dengan pelakon lain, seseorang itu harus menyedari kehadiran dan persenaliti rakan-lakonnya.  Contohnya saya akan berasa marah ketika si serimah telah menghilangkan cermin mata hitam yang disayangi oleh saya.Oleh sebab itu saya terpaksa untuk memarahi Serimah kerana cuai dan membuat saya sakit hari.

9.    Memory Recall.
Pengalaman pelakon pelakon di atas pentas ataupun individu adalah berbeza-beza di dalam kehidupan mereka secara realiti. Pengalaman ini akan membantu individu atau pelakon tersebut untuk bertindak atas pentas dan membawa watak. Pengalaman seorang actor yang ditransform(pindah) ke dalam diri character(watak) adalah jujur dan mempunyai penglibatan yang mendalam seperti di alam realiti. Sebagai contoh saya membuat memori recall ketika saya didesak oleh serimah supaya pindah, saya akan ingat kembali pengalaman yang saya lalui sebelum ini ketika waktu saya didesak dengan seseorang  bagi mendapatkan sesuatu perkara..Kaedah memory recall ini akan membantu saya untuk membawa diri character Nikman yang sedang didesak oleh isterinya dan ianya seoleh-oleh benar seterusnya akan dipercayai oleh penonton bahawa itulah watak nikman yang sebenar,




4.0    Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, semasa teater Rumah Lama Kampung Baharu, saya banyak menggunakan teknik-teknik Stanislavsky dalam lakonan saya.teknik- teknik stanislavky banyak membantu saya untuk membina waktak Nikman dan memberi saya kefahaman untuk mendalami sesuatu watak.secara keseluruhannya Prinsip teknik lakonan Stanislavky ialah natural dan mengesankan rasa kebenaran (realism). Beliau menentang lakonan yang melampau dan diperbesarkan-besarkan dan membolehkan pelakon menunjukkan isi hati dan semangat. Teknik ini mengajar pelakon bertindak seperti mana yang berlaku (realiti) dan menghayati dengan emosi watak tersebut. Teknik ini banyak digunakan oleh pelakon teater kerana teknik ini mudah di fahami oleh pelakon.  Tambahan pula teknik lakonan ini lebih memberi kefahaman kepada audien dan dapat menarik minat audien untuk menghayati sesebuah pementasan.