Laporan Refleksi
Diri
1.0 Pengenalan.
Sepanjang 14
Minggu saya mengikuti kursus Seni Lakon Awalan, saya telah banyak mempelajari banyak
perkara baru tentang lakonan daripada pensyarah dan juga rakan-rakan kelas
saya. Sepanjang 14 minggu ini yang saya dapat (kemahiran dalam teater), saya
ingin merumuskannya atas pengalaman yang saya lalui bersama en Eddy (pensyarah
teater saya) dan rakan- rakan. Rumusan
tentang kemahiran dan teknik yang telah dipelajari adalah seperti yang tertera
dibawah.
2.0 Skrip Reading.
Teknik yang
diperkenalkan:
v
Teknik
Skrip Reading.
Pada
mulanya, saya mendapat satu salinan skrip bagi lakonan bertajuk ‘Rumah Lama
Kampung Baru’. Skrip itu adalah sebanyak
44 muka surat sahaja. Saya diajar teknik Skrip Reading ini oleh Pensyarah Encik
Eddy(pensyarah teater saya) pada mulanya kami diarahkan untuk duduk dalam
bulatan, kami diarahkan supaya membaca
skrip dan berbalas balas dialog.Teknik Skrip Reading ini juga saya praktikkan
secara bersendirian di mana saya cuba untuk memahami watak saya dan cerita
tentang persembahan yang akan kami laksanakan.. Teknik ini lebih berkesan
sekiranya dilakukan bersama -sama iaitu secara berkumpulan. Ini kerana, ia akan
lebih memberi kita kefahaman dan kelancaran ketika berdialong dan menyambut
dialog orang lain..
Masalah yang
telah saya hadapi:
v
Sebenarnya
saya mempunyai masalah artikulasi dan sering tersasul ketika melontarkan
dialong.
v
Seperti
mana yang saya tahu ayat di dalam dialong adalah ayat yang kaku iaitu ayat yang
tidak mempunyai rasa dan emosi.oleh hal sedemikian saya mengalami masalah untuk
mendapat kefahaman untuk menghidupkan dialong itu seperti bernyawa,maksud saya
dialog tersebut perlulah mempunyai rasa dan emosi seperti mana dialong yang
kita lontarkan secara realiti dalam kehidupan harian kita.
Cara saya
mengatasi masalah tersebut:
v
Hidupkan
balik ayat dalam diolog saya.
Saya
mula bermain dengan intonasi dan sedikit emosi dalam ayat itu untuk hidupkan
ayat yang kaku tersebut. Saya mendapati ia memberi keselesaan bagi saya
mengucapkan diolog tersebut.
v
Mengubahkan
ayat tersebut tanpa mengubahkan maksudnya.
Saya
mengubahkan ayat-ayat saya yang kaku itu dan ditukarkan kepada perkataan yang
lebih selesa saya bagi(mengucapkan). Perkataan ayat itu diubah tanpa mengubah
maksud asalnya.
Rumusan:
v
Teknik
Skrip Reading ini merupakan asal kepada permulaan sesuatu pembinaan watak.
Melalui Skrip Reading, saya ulang baca dan membaca diolog saya dan bermain
dengan nada intonasi yang sesuai. Di samping itu, saya perlu ingat dialog rakan
lakon saya yang akan berdialog dengan saya supaya saya dapat membalas dialog
dengan diolog baik. Saya perlu mengetahui garis panduan untuk membalas dialog
rakan lakon saya supaya dialog yang di dengari tidak tersekat-sekat dan lancar.
3.0 Analisis Skrip.
Teknik yang diperkenalkan:
v
Teknik
Analisis Skrip.
Teknik
analisis skrip merupakan suatu teknik di mana pelakon harus menganalisasidiolog
yang dipegang masing-masing. Teknik analisis skrip ini membantu pelakon
mendapat tangkap atau mengenal pasti characteristic(ciri-ciri character) pada
watak yang dipegang. Misalnya,watak orang muda
yang berusia 30 lebih tahun,kita perlu mendalami personaliti orang muda
tersebut seperti cara dan perwatakannya. Secara ringkasnya, teknik ini
bertujuan membantu pelakon membina watak yang dipegangnya dan juga memahami
perangai atau ciri watak tersebut.
Masalah yang
telah saya hadapi:
v
Saya
tidak Berjaya memperwatakkan ciri dan sifat watak dengan sepenuhnya.berulang-ulang
kali saya di marahi oleh En Eddy,namun saya tetap berusaha untuk memperbaiki
kekurangan.
Selepas
melakukan analisis skrip, saya mendapat tahu Nikman(watak yang dibawa)
merupakan seorang yang telah berkahwin,bekerja sebagai seorang pegawai rendah,
penyewa,seorang yang agak dikongkong oleh isteri,seorang yang tenang,baik hati
dan sebagainya. Secara ringkasnya watak Nikman adalah seorang yang tegas terhadap
sesuatu perkara walaupun kadang kala perkara yang remeh akan dikongkong oleh
isterinya.
Cara saya
mengatasi masalah tersebut :
v
Berlakon
dengan skrip dan acting yang berulang kali.
Saya
mengambil masa dan membuat latihan lakonan bersama rakan berulang-ulang kali.
Sedikit demi sedikit,saya dapat mendalami watak Nikman dan menzahirkan
pengalaman hidup saya sekiranya pengalaman yang pernah saya lalui contohnya bersifat
tegas terhadap sesuatu perkara. Saya memikirkan sesuatu yang dapat membuat diri
saya tegas ketika hendak melakukan sesuatu perkara. Selepas saya menciptakan
ciri-ciri dan sifat Nikman, saya mulai membawa diri dalam watak
tersebut.
Rumusan :
v
Teknik
analisis skrip membantu saya menemui ciri-ciri karakter Nikman dalam diolognya.
Tetapi dengan bantuan rakan lakon ketika berlakon bersama-sama, saya lebih
yakin dan makin rancak membawa perangai Nikman itu.
4.0 Observation dan Pemerhatian.
Teknik yang
diperkanalkan :
v
Teknik
Observation ataupun Pemerhatian.
Teknik
ini menunjukkan kita sebagai pelakon mesti pergi membuat pemerhatian di
mana-mana. Teknik ini untuk membantu kita membina watak dan memahami latar
belakang watak yang dipegang. Teknik pemerhatian ini membolehkan kita meniru
ciri-ciri dan sifat seseorang untuk kita guna pakai ciri tersebut dalam
lakonan. Contohnya saya memegang sebagai seorang pegawai rendah berumur dalam
lingkungan 30an, jadi saya membuat pemerhatian secara tidak fomal melihat
perilaku dan persoanaliti seorang yang bekerja sebagai seorang pegawai.
Masalah yang
telah saya hadapi :
v
Kesuntukan
masa.
v
Saya
menghadapi kesuntukan masa untuk mendalami secara lanjut tentang keperibadian
seorang pegawai rendah secara keseluruhan.
Cara saya
mengatasi masalah tersebut:
v
Layari
internet dan bantuan rakan
v
Meminta
bantu dari segi pendapat rakan-rakan untuk memberi ciri-ciri seorang pegawai
rendah iaitu dari segi pemakaiannya,ketegasannya dan sebagainya.
Rumusan:
v
Teknik
ini merupakan teknik yang agak biasa tetapi berguna dan berkesan. Kemungkinan
kita masa dahulu, pernah tengok atau lihat sesuatu (pemerhatian secara tidak
langsung atau tidak sedar), itu juga yang akan membantu saya untuk memahami dan
seterusnya memperwatakannya.
5.0 Blocking
Teknik yang
diperkenalkan:
v
Teknik
Blocking.
Teknik
blocking dalam teater iaitu bermaksud menghalang, ‘ block’ . Ini semasa atas
pentas, pelakon mesti sedar bahawa pentas itu macam mana. Audiens di mana dan
pelakon di mana. Hal ini untuk memastikan penglihatan mata audiens, mereka
boleh Nampak pelakon dengan jelas tanpa dihalangi oleh pelakon lain atau benda
lain. Pelakon mesti sentiasa sedar bahawa mukanya, badannya boleh dilihat oleh
penonton dan tanpa mempunyai sebarang halangan. Ini bermakna pelakon harus
bermain dengan ruang untuk mengelakkan daripada dihalangi ataupun menghalangi
pelakon lain.
Masalah yang
telah saya hadapi
:
v
Saya
sering membelakangi rakan saya ketika berdialog dengannya
Semasa
berlakon dan membuat acting, Saya sentiasa mengawal ‘ blocking’ dan kedudukan
saya. Kadang kala ketika melakukan lakonan saya tidak menyedari bahawa saya
telah memhalang penglihatan audien,contohnya ketika saya bermonolog dalam
menceritakan masalah saya terhadap makraya ,saya terlupa menjaga pergerakan
sehingga timbul masalah blocking..Secara ringkasnya teknik blocking adalah
untuk mengawal pergerakan badan kita supaya tidak menghalang penglihatan
audien.
Cara saya
mengatasi masalah tersebut:
v
Saya
mengawal pergerakan saya ketika beremosi supaya tidak membelakangi rakan lakon
saya.
Rumusan:
v
Teknik
blocking berlaku amat kerap dalam sesuatu lakonan atau pementasan. Akibat
ruangan yang terhad, para pelakon mestilah bijak untuk menggunakan ruang sambil
bermain acting. Rakan lakon saya kadang-kala akan menghalangkan penglihatan
audiens ke atas diri saya, ini adalah perkara yang biasa berlaku semasa acting
dan saya cuba mengubahkan kedudukan saya keluar daripada blocking rakan lakon
saya.
6.0 Repeat and Representational.
Teknik yang diperkenalkan.
v
Teknik
Repeat and Representational.
Teknik
ini menjelaskan bahawa pelakon mesti memahami ciri-ciri dan sifat watak itu
seterusnya membawa diri dalam character tersebut. Pelakon perlu merasai apa
yang dia rasa, sedih apa yang disedih, gembira apa yang digembira. Selain
menghayati watak dan memperwatakan diri, pelakon mesti melakukan acting lakon
yang berulang-ulang kali bagi tujuan mendapatkan cara yang paling sesuai untuk
mempamerkan watak itu.
Masalah yang
telah saya hadapi
:
v
Mengambil
masa untuk diri saya mendapat cara yang paling sesuai dan selesa berlakon.
Akibat
masa latihan yang tidak banyak, saya menghadapi masalah dalam mencari cara
mempamerkan watak Nikman yang paling bersesuaian dengan situasi.
Cara saya
mengatasi masalah tersebut:
v
Saya
cuba untuk berimaginasi dalam fikiran saya terhadap situasi yang berlaku dan
juga lakonan yang paling terbaik pada
ketika itu. Apa yang paling penting saya perlu melakukan latihan yang
kerap supaya pergerakan dan dialog yang disamapaikan lebih mantap berpadanan
dengan business acting yang dilakukan.
Rumusan :
v
Teknik
ini adalah penting kerana seseorang pelakon Berjaya membawa watak atau
tidak bergantung pada sejauh mana dia
pandai melakonkan watak itu. Tetapi sebenarnya ianya memerlukan eksploitasi dan
latihan lakonan yang kerap suapaya lakonan tersebut lebih mantap dan sentiasa
diperbaiki dan di tambah dari segi pergerakan dan emosi.
7.0 Rehearsal.
Teknik yang
diperkenalkan:
v
Teknik
rehearsal.
Kami
membuat rehearsal yang berulang-ulang kali di atas pentas yang siap susun
dengan props. Rehearsal ini menunjukkan kepada latihan untuk persembahan masa
kejadian. Ia meliputi pemakaian, lighting, audio, susunan props, ruangan atas
pentas, masa masuk babak dan lain-lain. Kami telah membuat rehearsal sambil
berlatih untuk eksploikan ruangan yang baru di bawah bimbingan
pengarah/pensyarah teater kami.
Masalah yang
telah saya hadapi
:
v
Suara
tidak cukup kuat untuk sampai ke hujung tempat duduk audiens.
Tidak
sama seperti biasa yang kami latih. Ruangan panggung budaya itu agaklah besar
(bagi yang first time..)dan saya menghadapi masalah untuk melontarkan suara,
melontarkan ayat-ayat saya dengan lantang.
Cara saya
mengatasi masalah tersebut
:
v
Saya
cuba untuk menggunakan suara sendiri, saya menggunakan suara dari dalam perut
Dengan bantuan dan tekanan pengarah, saya melontarkan suara dan memberikan
tumpuan sepenuhnya semasa rehearsal.
v
Rumusan
:
v
Rehearsal
ini boleh dikatakan latihan yang akhir bagi pementasan sebenar. Ia melibatkan
semua perkara iaitu, pelakon, ruang, blocking, pakaian, lighting, audio, dan
juga audiens. Sewaktu rehearsal pelakon harus beranggap bahawa di depannya
duduk para penonton. Penonton yang akan datang pada masa kejadian pementasan
itu, jadi pelakon seharusnya memberi tenaga dan semangat sepenuhnya semasa
rehearsal sambil beranggapan bahawa masa pementasan, itulah yang akan berlaku.
8.0 Kesimpulan.
Secara
keseluruhannya saya ingin menyimpulkan bahawa saya amat berasa gembira kerana
dapat melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah terhadap khusus ini.
Melalui pendekatan lakonan ini saya lebih berasa lebih yakin untuk berhadapan
dengan orang ramai, walaupun khusus ini adalah khusus minor untuk saya tetapi
pada saya ianya sangat berkait rapat dengan bidang major yang saya pelajari.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang terlibat terutamanya
En Eddy selaku pensyarah dan pengarah teater saya yang telah menghabiskan
masa,wang ringgit dan tenaga untuk memberi tunjuk ajar kepada saya. Tidak lupa
kepada rakan-rakan lakon yang telah memberi komitmen yang baik semasa sesi
latihan dan pementasan akhir. Ini merupakan pengalaman yang pertama yang saya
lalui dan pengalaman ini adalah yang paling bermakna pada sya kerana saya dapat
berasa lebih yakin terhadap dunia luar dan dapat menghilangkan rasa malu dalam
diri saya.
No comments:
Post a Comment